Friday, May 21, 2010

Kebersihan



Mengenai "bersuci" iaitu membersihkan kuman-kuman dengan laluan air, Allah Taala mengisyaratkan dengan firman-Nya yang bererti: Dan ingatlah ketika Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan. (Surah Al-Anfal:11). Dari sini nyatalah bahawa Islam merupakan sistem yang ulung pernah diketahui manusia yang membicarakan dengan terang dan jelas sekitar kuman-kuman dan parasit membawa wabak kepada manusia. Hal ini berlaku lebih 12 abad sebelum ia didedahkan oleh mikroskop. Demikian juga Islam merupakan pihak yang pertama menegaskan bahawa kebersihan itu ialah usaha pencegahan yang utama dari kuman-kuman.

p/s: antara pembawa kuman yang dimaksudkan ialah nanah, tahi, darah yang mengalir, air kencing, muntahan, air liur anjing, badan babi dan setiap apa yang reput dan busuk seperti saki-baki bangkai binatang.

No comments:

Post a Comment